Tarikh acara: 8 Oktober 2026
PISB mencatat satu lagi pencapaian penting dengan pembukaan rasmi cawangan GM Klang dan penerimaan pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi:
“Largest Variety of Malay Wedding Products by a Wedding Supplier.”
Detik istimewa ini turut mendapat liputan Sinar Harian pada 8 Oktober 2026.
Terletak di Tingkat 5, Blok B, GM Klang Wholesale City, cawangan seluas lebih 20,000 kaki persegi ini merupakan cawangan terbesar PISB di Lembah Klang. Ruangnya membolehkan pasangan dan keluarga melihat produk, membandingkan padanan serta memilih bersama.
Pengiktirafan tersebut berdasarkan jumlah SKU unik dalam inventori gabungan 17 cawangan PISB yang telah disahkan. Bagi kami, kepelbagaian bermakna lebih banyak pilihan untuk memenuhi tema, cita rasa dan bajet pelanggan.
Selepas 35 tahun, PISB terus mengembangkan produk melalui pasukan reka bentuk sendiri, menawarkan stok sedia ada dan memberikan nilai melalui tawaran pembelian mengikut kuantiti.
Terima kasih kepada seluruh warga PISB, pelanggan dan rakan niaga. Pencapaian ini milik kita bersama.
More Choices. Better Value. Better Experience.
Baca liputan penuh
Sinar Harian: PISB buka cawangan terbesar di Lembah Klang, terima pengiktirafan MBOR
Kunjungi PISB GM Klang dan temui pilihan untuk majlis istimewa anda.

